Hairuddin meraikan gol jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam.
JARINGAN emas Hairuddin Omar membuktikan ia sudah cukup untuk membantu Negeri Sembilan menundukkan Terengganu 2-1 di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi, sekali gus memastikan kejuaraan Piala Malaysia 2011 milik skuad Hobin Jang Hobin.
Selepas S Kunanlan memadam kelebihan awal Terengganu menerusi gol pembukaan Ashaari Shamsudin, Hai-O tampil menyambut hantaran lintang kapten Shukor Adan dengan sepakan libas menarik untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee pada minit ke-85.
Selain dipilih selaku Pemain Terbaik Final, penyerang 32 tahun itu turut memenangi anugerah Kasut Emas apabila jaringan di final itu memberikannya gol peribadi kelapan dalam saingan tertua bola sepak negara.
2.. ARSENAL mempamer kebangkitan menakjubkan apabila menundukkan Chelsea 5-3 hasil hatrik Robin Van Persie tatkala Manchester United bertungkus lumus sebelum pulang dengan kemenangan 1-0 hasil gol Javier Hernandez di gelanggang Everton.
Namun aksi Van Persie di Stamford Bridge lebih menarik tumpuan apabila selepas Gunners ketinggalan dengan gol Frank Lampard, barisan Arsene Wenger mengutip kemenangan kelima liga apabila Van Persie memadam jaringan awal itu sebelum Andre Santos mengikat jaringan John Terry pada minit ke-49.
Barisan Arsene Wenger mendahului menerusi Theo Walcott tetapi Juan Mata menghidupkan seketika peluang skuad Andre Villas-Boas pada minit ke-80 sebelum Van Persie tampil dengan dua gol pembunuh pada minit ke-85 dan 90. 3. Thailand bukan lagi satu-satunya penghalang: PrawetKETIKA skuad sepak takraw negara masih terkial-kial lagi merumuskan formula terbaik untuk meruntuhkan kekuatan Thailand, anak buah Jamaluddin Hassan bakal berdepan ancaman baru di Sukan SEA XXVI, bulan depan.
Tuan rumah temasya dwitahunan itu, Indonesia dilihat sebagai ancaman baru itu sesudah trio mereka membuktikan kehebatan apabila dua kali memalukan regu elit negara di suku akhir Siri Super ISTAF dan Piala Raja Thai bulan lalu.
Perunding skuad sepak takraw negara, Prawet Intar (kanan) mengakui kekalahan itu memberi mesej jelas bahawa skuad negara tidak boleh memandang remeh keupayaan tuan rumah itu, apalagi mereka memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.
4. Cub Prix: Hafizh laung amaran awal
2011/10/30
HAFIZH Syahrin Abdullah melaung amaran awal untuk meraih kemenangan keduanya musim ini apabila muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori CP130 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia-PETRONAS 2011 di Stadium Hang Jebat, Melaka, semalam. Penunggang PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline itu yang muncul juara di Kluang (Pusingan 7) bulan lalu, mencatat 49.624 saat untuk mengatasi Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) yang mencatat 49.829s dan
Elly Idzlianizar Ilias (Global Bike Rock Oil Racing) 49.839s. Masih segar dengan prestasi cemerlang kategori Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia di Sepang minggu lalu, Hafizh berkata: Catatan ketika sesi ujian masa hari ini cukup memuaskan berbanding dengan catatan sesi latihan bebas pertama (50.072s) dan kedua (49.853s).