shout box

$$$

businees


Rahsia Usahawan Berjaya..

Kebanyakan usahawan akan berasa tercabar, bahkan paling teruk mereka akan rasa putus asa apabila mereka mempunyai persaingan. Jika mereka menjual produk A, dalam masa yang sama ada juga usahawan-usahawan lain yang turut sama mengeluarkan produk yang lebih kurang sama.
Tetapi bagi seorang usahawan yang berfikiran jauh dan jelas matlamat ‘perjuangan’ hidupnya, mereka sama sekali tidak gentar dengan persaingan yang wujud. Bahkan mereka sama sekali tidak ambil kisah sangat dengan pesaing-pesaing mereka terutama pesaing yang berniat buruk dan jahat.
Bagi usahawan yang bijak pandai ini, prinsip mereka teramat mudah. Formula keusahawanan mereka semudah tambah tolak sahaja, tidak perlukan formula yang rumit-rumit. Bagi mereka, rezeki untung rugi adalah ketentuan ALLAH, bukan pesaing yang menentukan jatuh bangun mereka. Inilah kekuatan yang asasi: TAUHID.
Yang penting, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh, menghargai kelebihan diri sendiri dan tidak terlalu membandingkan kekurangan diri dengan kehebatan orang lain. “Aku adalah aku. Hidup aku adalah perjuanganku”. Jadi, untuk apa mereka perlu menyusahkan diri sendiri semata-mata mahu lebih hebat daripada orang lain? Kerana bagi mereka, musuh yang paling dan sentiasa dekat adalah DIRI SENDIRI.
Mereka si usahawan yang bijak ini hanya mengutamakan perusahaan dan perniagaan mereka sahaja, di samping bekerjasama dengan usahawan-usahawan ikhlas yang lain terutama yang sama jalan dan matlamat.
Itu adalah prinsip dalaman. Anda sebagai usahawan perlu mempunyai prinsip yang kuat di dalam diri agar tidak goyah dengan segala cabaran yang datang. Dalam kes ini sebagai contoh, cabaran daripada pesaing dalam bidang yang sama. Biarkan pesaing anda itu melakukan kerja dan usahanya kerana mereka juga usahawan yang perlu mencari makan (rezeki).
Kemudian, fahami bahawa setiap orang sudah ditentukan untung dan ruginya oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan kefahaman ini, diri anda tidak akan gundah gulana atau tamak di dalam mengejar nama, harta dan populariti. Yang lebih penting adalah darjat di sisi Ilahi. Itu lebih bernilai untuk dunia dan akhirat sekaligus. Harta, kekayaan dan apa semua itu akan datang dengan sendirinya apabila anda berusaha dengan betul dan bersungguh-sungguh.
Kesimpulan
Jadi wahai usahawan yang sejati, usahlah dikau dirundung kesedihan kerana wujudnya persaingan yang sengit di dalam bidang perniagaanmu. Yakinlah dengan janji Ilahi di mana usahawan yang jujur dan beriman akan pasti berjaya di dunia dan akhirat.
Apakah lagi “senjata” yang paling kuat kalau bukan keimanan dan kepercayaan kepadaNya? Hanya itu sahaja kekuatan yang tidak boleh dinafikan kehebatannya. Tiada yang sebanding atau yang lebih hebat.




2. 7 rahsia untuk berjaya dalam businees..

Di dalam Koleksi ini mengandungi 20 Rahsia Contoh Rancangan Perniagaan Yang Berjaya! Jika anda bercita-cita nak membina perniagaan konvensional inilah koleksi yang sangat hebat perlu anda miliki. Koleksi ini telah dihasilkan bagi tujuan pembacaan dan rujukan pelan bisnes usahawan yang telah berjaya memulakan perniagaan!!

01. Rahsia 7 Pelan Bisnes Cendawan

02. 17 Rahsia Pelan Bisnes Penternak Burung Puyuh

03. 17 Rahsia Pelan Bisnes Salon Kecantikan

04. Rahsia Pelan Bisnes Percetakan

05. Penternakan Kambing Malaysia

06. 5 Golden Secrets of Bisnes Kedai Dobi Revealed

07. Pelan Bisnes Makanan Ringan Terbongkar

08. Mempelajari Pelan Bisnes Ikan Keli

09. Pelan Bisnes Restoran

10. Pelan Bisnes Ladang Sayuran

11. Rancangan Perniagaan Bakeri

12. Rancangan Perniagaan Baja Organik

13. Rancangan Perniagaan Catering

14. Rancangan Perniagaan Cyber Cafe

15. Rancangan Perniagaan Buah Naga

16. Rancangan Perniagaan Frozen Food

17. Rancangan Perniagaan Jahitan

18. Rancangan Perniagaan Koperasi

19. Rancangan Perniagaan Lembu

20. Rancangan Perniagaan Telekomunikasi