shout box

$$$

catur bistari

Saturday, August 20, 2011


Apa itu Catur Bistari?

catur bistari

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia. Catur Bistari. Apa itu Catur Bistari? Rasanya ramai yang dah tahu mengenai permainan Jihad Bisnes ni. Bagi yang belum tahu, meh sini aku cerita sikit pasal Catur Bistari.

Catur Bistari adalah satu permainan yang direka demi memupuk amalan bisnes untuk berdikari. Permainan ini sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga dalam kalangan masyarakat dalam pelbagai peringkat umur dan kedudukan terutamanya anak-anak. Catur Bistari memberi pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai dan syariat Islam.

Aku pun dulu pernah main permainan Catur Bistari ni. Sebabnya aku dulu join Tunas Bistari iaitu kelab yang berkaitan dengan keusahawanan anjuran Johor Corp. dan secara tidak langsung terlibat dengan segala program yang dianjurkan oleh mereka termasuk lah permainan Catur Bistari ni yang pada masa tu belum dikenali ramai lagi.

Sekolah aku, SMS Sultan Iskandar juga pernah menjadi tuan rumah untuk pertandingan Catur Bistari peringkat daerah Mersing dan yang menariknya, team aku yang menjadi juara dan aku adalah pengumpul aset terbanyak. Hehehehe,serius banyak beb tapi aku tak boleh la bagitau berapa nilainya sebab takut riak pulak kan nanti,lagipun aku sendiri macam dah lupa berapa aset aku masa tu. 

catur bistari

Apa yang menariknya Catur Bistari ni ?

Sebenarnya permainan ni lebih kurang je konsep nya dengan Jutaria, Monopoly dan Saidina cuma Catur Bistari ni lebih mencabar dan mengetengahkan unsur keislaman dalam bisnes. 

Aku cakap mencabar sebab Catur Bistari ni mempunyai tiga laluan dan bukannya macam permainan lain yang hanya mempunyai satu laluan sahaja.

Fasa pertama ataupun laluan pertama dalam permainan ini dinamakan Laluan Makan Gaji. Kira nya masa dalam laluan ni,korang merupakan seorang pekerja makan gaji tiap-tiap bulan. Masa ni gaji korang sikit lagi.

Fasa kedua dinamakan Laluan Tijarah. Sebelum korang layak ke fasa kedua ni, korang mestilah berjaya mengumpulkan duit tunai sebanyak RM10,000 semasa dalam fasa pertama. Dan dalam laluan ni, korang sudah mempunyai bisnes sendiri. Kira korang dah jadi bos laa..dalam fasa ni lah pelbagai cabaran korang perlu hadapi sebelum berjaya melayakkan diri ke fasa seterusnya dengan duit tunai sebanyak RM1juta.

Fasa terakhir ataupun lebih dikenali sebagai Laluan Jihad Bisnes lebih menyeronokkan kerana dalam laluan ni,korang dibenarkan mempunyai lebih daripada satu bisnes. Masa ni lah korang perlu mengumpul aset dan kekayaan sebanyak mungkin.

Oh ya, lupa pulak...kan permainan ni berunsurkan keislaman...jadi korang amatlah digalakkan melakukan amal dan sumbangan. Tapi kalau korang tak nak pun takpe,jadi lah usahawan yang mementingkan diri dan kedekut taik hidung masin. Pffttt~

Hmmm,kalau korang nak tau lebih lanjut pasal permainan Catur Bistari ni. Aku cadangkan korang pergi la beli sendiri Catur Bistari ni kat KFC berdekatan dan baca sendiri peraturan permainan ni. Sebabnya aku pun dah tak ingat sangat la. Oke,tu je...kalau belum pernah main lagi Catur Bistari ni, pergi lah cuba main.best bro!

Catur Bistari – Keusahawanan

“Macam ini saudara, saudara nak tak duit RM4 juta saudara jadi RM6 juta.” Saya memandangnya dengan wajah senyum. Cuba membuat satu urusniaga di luar permainan.Bayangkan dalam kumpulan itu, hanya saya seorang terkapai-kapai cuba bermain Catur Bistari. Dan bukannya di peringkat daerah atau negeri, tetapi di peringkat akhir perlawanan antara lebih 20 kumpulan setiap  universiti seluruh Malaysia.
Sebetulnya saya terpaksa mengganti seorang pemain dan kumpulan UIAM telah berjaya ke peringkat akhir. Permainan Catur Bistari ini masih baru untuk saya dan saya tidak pernah sentuh pun sebelum ini. Cuma pada andaian awal saya jika ia kelihatan seperti permainan Cashflow 101, maka tidak menjadi masalah untuk saya mewakili UIAM.
“Baik, setuju!” ujar rakan dan juga lawan dalam kumpulan saya tersebut.
Bagaimana bermain Catur Bistari
Ada tiga jenis laluan dalam permainan Catur Bistari iaitu Laluan Makan Gaji, Laluan Tijarah dan Jihad Bisnes. Berbeza dengan Cashflow 101 yang mempunyai dua laluan.
Setiap peserta akan bermula di Laluan Makan Gaji. Untuk naik ke Laluan Tijarah, peserta perlu mempunyai sejumlah wang sebanyak RM30,000. Dan untuk naik ke Jihad Bisnes pula, peserta perlu mempunyai wang berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta.
Apabila seorang peserta naik ke Jihad Bisnes, duit yang ada di tangannya akan digandakan sekali. Bermakna jika dia ada RM2 juta, maka duitnya akan digandakan menjadi RM4 juta.
Pada 45 minit awal permainan saya merupakan peserta terakhir keluar daripada Laluan Makan Gaji. Maklumlah peraturan pun saya belum habis baca. Terkial-kial bertanya peserta sebelah bagaimana saya hendak keluar daripada Laluan Makan Gaji. Rupa-rupanya saya boleh keluar lebih awal lagi. Ceh.
“Maaf kalau saya sedikit memaksa, sebab saya masih lagi di Laluan Tijarah.” Saya cuba menyucuk.
Memandangkan saya bermula lambat di Laluan Tijarah dan tidak tahu apa yang boleh membuatkan saya mendapat pendapatan di laluan ini, saya hanya sekadar membaling dadu dan memerhatikan sahaja permainan orang lain.
Jika dalam Cashflow 101, kita perlu mengumpul sebanyak mungkin aset yang mendatangkan pendapatan pasif seperti berniaga, jual beli hartanah dan sebagainya. Tetapi dalam permainan Catur Bistari, untuk mendapatkan pendapatan di Laluan Tijarah, peserta perlu membuat pelaburan untuk syarikat yang dimilikinya.
Sebagai contoh, pelaburan seperti kursus motivasi untuk pekerja, membuat road show, sidang akhbar dan lain-lain lagi. Apabila prestasi syarikat tersebut meningkat, di situlah sumber pendapatan lain akan kita dapat. Kira macam bonuslah.
Peserta lain ada yang sudah masuk Jihad Bisnes, hanya 3 orang peserta lain lagi termasuk saya belum masuk Jihad Bisnes.
“Ok, mula permainan semula nanti saya bagi saudara RM4 juta. Tapi ingat, saya nak RM6 juta.” Dia bersetuju dengan cadangan saya.
Duit di tangan saya baru berjumlah RM500 ribu. Apabila menerima duit RM4 juta tersebut dan syarikat saya di Laluan Tijarah dijual, saya akan menerima duit berjumlah RM 10 juta di Jihad Bisnes. Hehe. Lebih dahulu masuk ke Jihad Bisnes dan dengan duit yang banyak.
Dalam pertandingan akhir Catur Bistari, kumpulan kami dari UIAM berjaya mendapat tempat ke 6. Akhir majlis itu baru saya tahu yang Catur Bistari sudah diperkenalkan di UiTM seluruh Malaysia sejak dari tahun 2007 lagi. Patutlah agresif semacam mereka main.
Pendapat tentang Catur Bistari
Apa-apa pun pada pendapat saya, Catur Bistari dan Cashflow 101 membawa objektif yang berbeza. Catur Bistari membawa peserta mendalami dunia bisnes.
Cuma saya rasa, perlu ada sedikit perubahan lagi dalam permainan tersebut kerana saya tidak rasa ‘sakit’ atau tertekan dengan kedudukan kewangan syarikat dalam permainan tersebut. Terlalu banyak ruang untuk saya mencipta trick supaya dapat memenangi sesuatu permainan.
Ini hanyalah ringkasan ulasan untuk Pakdi yang bertanya kepada saya tentang Catur Bistari.
P/s: Pakdi, harga satu board dalam RM89.90. Boleh cuba beli kalau nak. Tapi lebih seronok bermain Cashflow 101 berbanding Catur Bistari.
*Gambar Catur Bistari disalin daripada website caturbistari.com.my