Seni Silat Cekak sehingga kini telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah cawangan di 12 buah negeri. Jumlah keahlian adalah seramai kira-kira 80,000 orang dan mempunyai sejumlah 105 buah kelas latihan dengan kekuatan Tenaga Pengajar seramai lebih kurang 700 orang. PSSCM juga telah diterima dengan baik di IPTA dan IPTS seperti UIAM, UUM, USM, UiTM, UPM, UKM, UTM, UPSI serta di kolej-kolej teknikal seperti di UniKL dan Politeknik serta di MRSM dan di sekolah-sekolah. Paling membanggakan juga ialah ianya telah diterima oleh pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia dengan tertubuhnya Kelab Silat Cekak TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Di samping itu, Silat Cekak telah juga diterima sebagai salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum bermata kredit di IPTA seperti di USM dan UUM.
Di dalam usaha perkembangannya PSSCM telah memperkukuhkan jentera pentadbirannya bersesuaian dengan keperluan semasa dan penggunaan teknologi internet. PSSCM telahpun mempunyai laman webnya sendiri untuk kemudahan orang ramai mendapatkan maklumat berkenaan persatuan ini. Dengan jentera pentadbirannya, PSSCM melangkah maju ke hadapan berusaha untuk mendaulatkan Seni Silat Melayu melalui program pemilikan hartanah samada di peringkat pusat mahupun cawangan-cawangan negeri.
Sesuai dengan cita-cita PSSCM untuk mendaulatkan Seni Silat Melayu, PSSCM telah bersama-sama terlibat di dalam semua aktiviti Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) serta di dalam setiap program pembangunan negara yang ingin melihat masyarakat Melayu khususnya terus maju dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi sebagaimana yang telah disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. PSSCM amat bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan padu daripada kerajaan Malaysia dalam sebarang usaha untuk membasmi budaya kurang sihat melalui program Rakan Muda dan Rakan Wajadiri. Komitmen yang akan terus diberikan oleh PSSCM adalah untuk terus bergiat cergas dalam semua usaha untuk menyeimbangkan pembangunan negara dan pembangunan sosial selaras dengan Dasar Sosial Negara.

Sejarah | ![]() |
~Pantun~

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976).